Kayu adalah bahan yang banyak digunakan dan berharga. Sesetengah sisa kayu, termasuk palet industri, bongkah rel, papan gentian berketumpatan sederhana (MDF), papan serpai, sisa pemotongan, ranting dan kulit kayu, dan lain-lain, boleh dihancurkan untuk mengurangkan isipadunya serta dipulihkan dan diubah menjadi pelbagai sumber berharga seperti serpai kayu, biomassa dan batang bahan api (briquet). Biomassa yang dihasilkan daripada sisa kayu adalah salah satu sumber tenaga yang paling popular di beberapa loji kogenarasi biomass berskala besar.